Pada hari rabu (10 April 2013). Pusat Sumber akan mengadakan tayangan Filem The Impossible di Bilik Tayangan. Tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar sahaja. Tayangan akan bermula pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Pas/tiket boleh didapati di PSS dengan harga RM0.50 sahaja. Pada minggu ini tayangan hanya dibuka kepada pelajar perempuan sahaja. Sekiranya mendapat sambutan daripada pelajar PSS bercadang untuk meneruskan sesi tayangan pada minggu berikutnya. JOM, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!.
Pusat Sumber SMK Syed Mohamed Al-Bukhary telah ditubuhkan pada 1 Januari 1978.
Saturday 6 April 2013
Tayangan
Pada hari rabu (10 April 2013). Pusat Sumber akan mengadakan tayangan Filem The Impossible di Bilik Tayangan. Tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar sahaja. Tayangan akan bermula pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Pas/tiket boleh didapati di PSS dengan harga RM0.50 sahaja. Pada minggu ini tayangan hanya dibuka kepada pelajar perempuan sahaja. Sekiranya mendapat sambutan daripada pelajar PSS bercadang untuk meneruskan sesi tayangan pada minggu berikutnya. JOM, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!.
Tuesday 26 March 2013
Penambahbaikan Prasarana Terkini Pusat Sumber Sekolah
Monday 25 March 2013
Aktiviti Santai
Model yang telah disediakan |
Pada 18 Mac 2013, Kelab Media telah mengadakan aktiviti santai pada waktu rehat sesi pertama iaitu pada pukul 9.40 pagi hingga 10.20 pagi. Kelab Media telah menyediakan model Peta Malaysia dan pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan geografi yang telah disediakan. Hadiah juga turut disediakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Aktiviti ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar.
Model Peta Malaysia |
Pn. Azira menyampaikan hadiah kepada Mohd Asif dari kelas 4 Ibnu Sina |
Cikgu Asyraf turut tidak ketinggalan |
'Penghangat' Suasana |
Model yang telah dilengkapkan oleh pelajar |
Pengawas Media yang turut banyak membantu |
Mohd Shahidan mengambil bahagian |
Puan Hasnita menyampaikan hadiah |
Model disimpan semula di perpustakaan |
Penambahbaikan Sistem Rekod Bacaan Nilam
En. Zulkifli memberi penerangan |
Pada 13 Mac 2013, En. Zulkifli hadir ke Perpustakaan Sekolah untuk membuat penambahbaikan Sistem Automasi Rekod Bacaan Nilam. Sistem ini bertujuan membantu para guru dan pengurusan perpustakaan sekolah untuk menyemak rekod bacaan pelajar seterusnya mengisi data Nilam (I-NILAM).
Pn. Hasnita dan En. Subri mendengar penerangan |
Sunday 24 March 2013
Lawatan Tidak Rasmi Ke Perpustakaan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Kedah
Sunday 3 March 2013
Program NILAM
Tuan/Puan.
- Tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya melengkapkan data i-NILAM Tarantula.
- Walaubagaimanapun, masih terdapat guru-guru yang belum berkesempatan melengkapkan i-NILAM Tarantula kerana kesibukan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
- Mohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan data i-NILAM Tarantula tersebut sehingga tarikh 14 Mac 2013 (Khamis).
- Segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pentadbiran PSS SMKSMAB
Saturday 2 March 2013
Majlis Pra Pelantikan Pengawas Media 2013
Pada 21 Februari 2013 jam 2.10 petang Pengawas Media berkumpul untuk Majlis Taklimat Pra Pelantikan Pengawas Media sesi 2013. Dalam majlis tersebut, pelajar diberi taklimat mengenai bidang tugas masing-masing. Majlis tersebut tamat pada pukul 3.30 petang.
Pn. Azira menyerahkan tali kuning sebagai simbolik pra-pelantikan Pengawas Media 2013. |
Ahmad Faresh Daniel (2 Battani) menerima tali kuning |
Friday 1 March 2013
Aktiviti Terkini PSS
Sabtu 23 Februari 2013. Ahli Kelab Media yang terlibat mempelajari teknik-teknik untuk membuat keratan akhbar (paper cutting). Pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Setiap ahli dalam kumpulan masing-masing diberi tajuk seperti Isu Semasa, Luar Negara, Ekonomi, Sukan dan Kesihatan untuk dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam fail sebagai rujukan pelajar semasa di dalam perpustakaan.
Pn. Azira bersama pelajar membuat 'paper cutting'. |
Pn. Jaliah selaku Guru Penyelaras PSS turut serta dalam aktiviti. |
Subscribe to:
Posts (Atom)